Berdirinya saya disini adalah kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana dapat hadir di dalam hati saya selama ini. Saya berasa sangat bersyukur kerana pernah memiliki anda. Walaupun hanya sementara, waktu itu benar2 sangat bermakna buat saya. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih juga kepada rakan2 saya yang sentiasa meberi sokongan dan dorongan kepada saya. Saya hargainya kawan. Saya ingin memohon maaf di atas segala kesalahan saya, terkasar bahasa, membuat perkara yang menyakiti hati anda. Saya benar2 tidak bermaksud ingin berbuat demikian. Tolong maafkan saya. Tidak usahlah anda berharap dapat kembali ke sisi saya. Semuanya sudah berakhir. Tiada lagi harapan dan masa depan untuk kita. Ini kerana saya sudah hilang kepercayaan kepada anda dengan sikap dan perlakuan anda kebelakangan ini. Saya bukanlah yang terbaik untuk anda. Masa yang akan menentukan segalanya dan saya berharap anda akan bertemu dengan jejaka yang lebih sempurna daripada saya. Saya ingin membuat pengakuan. Selama perkenalan kita, perkara yang paling menyakitkan adalah cemburu. Saya faham perasaan anda. Akan tetapi, sebenarnya saya tidak pernah menyentuh mana2 bunga di sekeliling saya. Maafkan saya kerana menipu anda. Itu sahaja pengakuan dan ucapan saya pada petang ini. Sekian. Terima kasih.
_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment